Wednesday, September 12, 2007

Aiskrim Mini Poppers haram???


Sesuatu yang agak mengejutkan bilamana seorang teman memberitahu Mini Poppers yang kini sedang giat di promosikan terutama di media cetak dan media elektronik HARAM. Saya bukanlah seorang yang minat dengan aiskrim tetapi isteri saya agak gemar dan beberapa hari sebelum berita ini sampai kepada saya telah menyuarakan hasrat untuk membelinya.
Aiskrim yang mengandungi bahan yang dinamakan emulsifiers adalah haram. Antara kod-kodnya adalah 120,141,160(A),161,252,300,301,422,430,431,433,435,436,441,470,471,472 (A,E),473,474,475,476,477,481,482,483,491,494,542,570,631,635,920. Bahan ini berasal dari lemak binatang. Kebanyakan aiskrim dan coklat mengandungi bahan Emulsifier 471. Bahan ini berasal dari lemak khinzir. Sekiranya anda ingin membeli aiskrim atau coklat sila lihat pada bahan-bahan yang tercatit dipembalut. Maklumat ini saya dapat melalui e-mail. Kesahihannya masih belum mutlak namun kita harus berhati-hati.



1 comment:

Azuan Zameer said...

salam perkenalan, saya bersetuju dengan pendapat saudara Hisham, kita perlu menyeidiki terlebih dahulu sebelum 'turut' menjatuhkan hukuman pada sebarang makanan yang kita dengar haram halalnya dari sumber lain.