Thursday, September 20, 2007

Ayam Oh Ayam...

Isu harga ayam telah menjadi buah mulut setiap pelusuk negara Malaysia. Kerajaan begitu berhati-hati bagi menentukan harga untuk barang kawalan ini. Ternyata harga yang diumumkan agak mengecewakan rakyat. Tinggi berbanding sebelumnya yang hanya sekitar RM4.00-RM5.00.
Walaubagaimanapun, disebalik isu harga ini ada lagi isu yang lebih besar yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat dan pimpinan iaitu ISU HALAL. Bila membincangkan isu halal ni ia akan melibatkan segenap proses dari menetasnya seekor anak ayam sehingga ia sedia untuk dihidangkan dan dijamah. Namun persepsi masyarakat yang hanya melihat isu halal ini sekadar cara penyembelihannya.
Saya lebih fokus untuk membincangkan 3 isu yang terlibat iaitu isu tumbesaran, isu penyembelihan dan isu pemperosesan selepas penyembelihan.

ISU TUMBESARAN

Seekor ayam normal mengambil masa antara 1 1/2 tahun hingga 2 tahun untuk membesar sebelum matang dan sedia untuk dipasarkan. Walaubagaimanapun, pasaran ayam sekarang hanya memerlukan 28 hari hingga 50 hari untuk membesar dan sedia untuk dipasarkan. Tentu kita tertanya-tanya macammana tumbesarannya boleh menjadi begitu cepat. Bayangkan seorang manusia yang berusia 2 tahun namun keadaan fizikalnya seperti seseorang yang telah berumur 12 tahun. Tentu sesuatu yang tak kena disebaliknya. Kajian oleh seorang Profesor, Dr Mohamad Zainol menunjukkan bahawa ayam yang diternak telah disuntik oleh enzim khinzir iaitu sejenis ubat bagi membolehkan ayam membesar dengan cepat. Tentang suntikan ini mungkin umum telah tahu, namun ubat yang digunakan tiada sapa yang ambil tahu kecuali segelintir. Bila sebut saja enzim khinzir loya rasanya tekak. Ia bukan hanya "mencacatkan" tumbesaran ayam tersebut malah menjadikan ayam tersebut setaraf dengan khinzir yang suatu masa pernah menimbulkan isu virus nipah. Bukan sekadar itu, malah hakikatnya ia haram disisi syarak. Masya ALLAH. Renung dan fikirkanlah.

Dr. Mohamad Zainol telah menyorbankan kerjaya professionalnya dan mengambil cabaran menyediakan alternatif buat masyarakat Malaysia umumnya dan ummah muslimin khasnya. Perusahaan AYAM ORGANIK yang bersumberkan bahan-bahan yang bersih dan semulajadi. Prosesnya memang agak rumit namun hasilnya begitu membanggakan. Beliau boleh dihubungi di :
Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja : Head - Research & Development, Innovation Centre Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.No 17. Jalan Nirwana 35.Taman Nirwana. 68000 ampang.Selangor. Malaysia.Tel 603 92811802 / 92816924Fax 603 92816925e mail nattpro@streamyx.com mobile 6012 3248081

ISU PENYEMBELIHAN

Isu ini telah kerapkali diperbincangkan. Pengalaman melihat penjual ayam segar yang memproses atas permintaan di mana mereka menyembelih berbakul-bakul ayam dengan cepat. dari segi ketajaman pisau yang digunakan mungkin tiada masalah. Tapi musykil bila melihat gerak bibir samada mereka menyebut nama ALLAH atau tidak. Atau mungkin mereka menyebutnya namun ditakuti tidak selari dengan jumlah ayam yang disembelih. Maka ada dikalangan ayam yang disembelih tidak disembelih dengan menyebut nama ALLAH. Yang mana satu? Menyebabkan syubhah timbul.
Pernah juga suatu ketika bilamana orang mempertikaikan penyembelihan di KFC yang mana ayam-ayam ini akan di gantung terbalik dan yang menyembelih sekadar memegang kepala dan setelah disembelih ayam tersebut meronta dan tanpa disahkan telah mati terus dicelup ke dalam air panas. Persoalan timbul samada ayam tersebut mati kerana sembelihan atau kerana lemas. Perhati dan fikirkanlah.

ISU PEMPROSESAN SELEPAS SEMBELIH

Isu ini mungkin jarang ditimbulkan oleh masyarakat kebanyakan melainkan orang yang betul-betul teliti. Hakikat pemprosesan sekarang, apabila ayam tersebut telah disembelih ianya akan terus dimasukkan ke dalam mesin yang mengandungi air panas untuk meleraikan bulunya. Cuba kita fikir sejenak. Ayam tersebut masih lagi menyandungi isi badan termasuk hati, limpa dan USUS yang mengandungi najis (mungkin juga sisa najis di berutu/tongkeng/"bontot" ayam tersebut). Apabila tersebut dimasukkan ke dalam mesin besar kemungkinan najis yang terpalit atau yang di dalam usus akan keluar walaupun sedikit dan sebati dengan air panas. Bukan seeekor yang di masukkan bahkan berekor-ekor sebelum air panas ditukar (ataumungkin tak ditukar). Bayangkan ayam tersebut seolah direbus dengan air najis. Bukankah ayam tersebut turut menjadi najis???
Pemprosesan yang menjamin bersihnya ialah dengan mengeluarkan terlebih dahulu isi ayam dan dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam mesin tersebut. Mungkin proses ini akan menyusahkan pengusaha. Agak berat dan menambah beban kerja. Fikirkanlah. Ada juga orang yang sampai keperingkat membeli ayam daripada pengusaaha tapi minta sembelih sendiri dan minta tidak dimasukkan ke dalam mesin tapi terus dikeluarkan isi dan dibuang bulu bersama-sama kulitnya.

No comments: