Tuesday, September 11, 2007

Salam Pengenalan Infodiskusi


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....
Salam pengenalan, moga anda di dalam situasi yang ceria dan sihat. Menjadi harapan saya untuk berkongsi informasi dan berdiskusi bersama anda walau siapa pun anda dan di mana anda berada.
Ringkasnya, saya merupakan seorang pengamal undang-undang di Subang Jaya, Selangor dan telah beramal hampir 4 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Minat saya untuk berkongsi maklumat dan pandangan selama ini terhad dan hanya di kalangan kenalan dan rakan terdekat. Dengan adanya blog infodiskusi ini saya berharap dapat meluaskan pengalaman bersama anda yang saya anggap teman walau siapa anda, apa yang anda buat, berapa umur anda, apa kedudukan anda... agar pengalaman anda dapat saya hayati dan menjadi pedoman dan pengajaran bersama.
Hidup manusia di dunia ini tidak akan menarik dan ceria tanpa teman dan teman bukan hanya orang diselah kita tetapi merangkumi orang yang berada 10 batu atau 100 batu atau 1000 batu dari kita. Adat dan amalan setempat mencetuskan pengalaman yang pelbagai yang menarik untuk di hayati dan dikongsi.
Ilmu dalam satu aspek adalah sesuatu yang subjektif. Penggabungan Ilmu yang berasakan pengajaran dan pembelajaran formal dan menerusi pengalaman dan penghayatan adalah merupakan suatu kuasa yang kuat yang mampu untuk memperkasa individu manusia walau siapa dia. Ia juga menjadi senjata sulit yang dapat mengindahkan dan memberi keselesaan dalam hidup manusia. Tanpa ilmu hidup manusia kosong tanpa nilai.
Blog infodiskusi ini bertujuan untuk berkongsi maklumat formal merangkumi ilmu agama, ilmu perundangan, ilmu berinteraksi dan ilmu motivasi untuk dihayati dan diamal serta terbuka untuk perkongsian pengalaman serta perbincangan sesuatu isu dan topik terkini dari masa ke semasa. Topik khusus akan diutara dan diperbincangkan untuk tempoh sebulan dan di simpulkan dan akan bertukar ke topik baru dan seterusnya. Penyertaan teman adalah diharapkan untuk manfaat bersama.
tinta emas infodiskusi;
Shahrulhisham Mohamed
advocate & solicitor
llb(hon)iium

No comments: